Monday, May 24, 2010

Kambing bukan punca darah tinggi

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABD. RAHIM
pengarang@utusan.com.my

 
PUTRAJAYA 24 Mei - Persepsi orang ramai terhadap daging kambing perlu diubah kerana amalan pemakanan daging itu bukan penyebab utama penyakit berbahaya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, kajian membuktikan daging kambing mempunyai kandungan kolestrol, kalori dan lemak paling rendah berbanding sumber daging lain.
Berikutan itu, katanya, sebuah pasukan petugas khas akan diwujudkan dalam masa terdekat bagi meningkatkan promosi pemakanan daging kambing tempatan sekali gus mengikis stigma negatif mengenai pemakanan daging itu.

''Kementerian juga akan menjalankan kajian bersama Kementerian Kesihatan bagi meyakinkan orang ramai bahawa pemakanan daging kambing tidak menjadi sebab utama penyakit darah tinggi.
''Promosi juga akan dilakukan di tempat-tempat tumpuan pelancong khususnya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur iaitu di kawasan tumpuan pelancong Timur Tengah supaya orang ramai tidak risau untuk makan daging kambing yang menjadi makanan utama orang Arab," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan promosi daging kambing keluaran tempatan di sini hari ini.
Noh berkata, pelbagai langkah turut diatur bagi meningkatkan pemasaran daging kambing tempatan berikutan rungutan penternak kambing bahawa pengeluaran lebih tinggi daripada permintaan.
''Justeru, Jabatan Veterinar akan bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk membuka lebih banyak gerai menjual daging kambing terutama di pasar tani seluruh negara.
''Pelbagai program juga telah dilaksanakan bagi mengurangkan kebergantungan ke atas daging kambing import dari negara luar," katanya.
Bagaimanapun, Noh berkata, pengeluaran daging kambing dalam negara telah dapat ditingkatkan dari 1,600 tan metrik pada tahun 2006 kepada 2,100 tan metrik pada tahun lalu.
''Ini selari dengan peningkatan keperluan daging negara dari 17,800 matrik tan pada 2006 kepada 21,970 matrik tan pada tahun lalu," katanya.

Monday, May 10, 2010

Kebaikan & Khasiat Susu Kambing

Kebaikan & Khasiat Susu Kambing


Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia boleh dihuraikan seperti berikut:
Susu Kambing Mudah Hadam

Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.

Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.

Alahan Laktosa
Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah

Susus kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.

Susu Kambing Bersifat Alkali

Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.

Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Susu Kambing Mengandungi Acid Lemak Yang Baik

Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yg mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.



Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir

Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.



Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium

Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.



Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium

Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodiem didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).



Susu Kambing – Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan

Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.

Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.

Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).

Susu kambing juga mengandungi factor anti barah.

Thursday, May 6, 2010

Pembekal Lembu Kambing dan Kerbau

 
Awamal Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang membekal lembu tenusu,baka lembu,lembu jantan dan betina untuk tujuan komesial dan kenduri seperti akikah,korban,perkahwinan dan sebagainya.Awamal Sdn Bhd mempunyai sebanyak 2 ribu ekor lembu di seluruh Malaysia.


                                            

Ladang Awamal terletak di Jalan Lombong timah 2, Klang mempunyai keluasan 5 ekar yang menempatkan 250 ekor lembu dan 50 ekor kambing. Ladang Awamal mempunyai susun atur yang kemas dan bersih.


Lembu- lembu di Ladang Awamal ini terdiri dari pelbagai seperti:

JENIS- JENIS BAKA LEMBU
1) Baka Jersey
2)Jersey Frishen
3)Shahiwal Frishen
4)L.I.D (Local Indian Dairy)
5)KK CROSS (Kacukan Kedah Kelantan)
6)Brahman

Lembu2 ini dikacukkan untuk mendapatkan kualiti susu dan baka yang baik.



Lembu-lembu ini diberi makan secara teratur dan kualiti dan kuantiti makanan juga dikawal supaya lembu-lembu ini sihat. Jabatan Perkhidmatan Veterinar turun menyumbang vitamin dan ubat untuk lembu-lembu ini.




Di Awamal selain 5 orang pekerja tetap, terdapat 3 orang pelajar praktikal yang dilatih untuk menguruskan ladang.




Lembu-lembu ini dijual dengan harga berpatutan. Awamal banyak membekal susu kepada kedai-kedai dan penjual susu. Yang paling terkini, Awamal akan terlibat dalam pemprosesan susu lembu berperisa secara besar-besaran yang bertempat di Semenyih.

Kandang Awamal

Puchong, Selangor, Malaysia
Kami Membekal Baka Lembu Tenusu dan Pembekal Baka Lembu Pejantan.